Secreatleaf Argan Age-Reversal Day Cream

  • Brand: Secretleaf
  • Product Code: Secreatleaf Argan Age-Reversal Day Cream
  • Reward Points: 5100
  • Availability: Out Of Stock
  • RM59.00
  • RM51.00
  • Ex Tax: RM51.00
  • Price in reward points: 51




SECREATLEAF ARGAN AGE-REVERSAL DAY CREAM

Secretleaf Argan Age-Reversal Day Cream diformulasi khusus untuk kulit matang dan kering yang menggabungkan keberkesanan inovasi bioteknologi terkini dengan sumber alam yang paling bermanfaat untuk membantu menghilangkan 9 tanda penuaan dan menghasilkan kulit yang sempurna dan berseri.


Serlahkan kemudaan kulit dengan stem sel terkini di dunia, Stem Sel Oren yang membantu memperbaharui penampilan kulit, menyusun semual stuktur kulit dan mengembalikan keanjalan kulit anda. Manakala pada masa yang sama, kombinasi bahan pencerah yang memenangi anugerah pameran InCosmetic 2013 dan Vitamin C berkualiti tinggi membantu mencerahkan kulit, mengurangkan jeragat, tona tidak sekata dan menyerikan kulit anda. 


Anda akan mendapat kulit yang lebih anjal, terlindung dan sihat dengan gabungan kebaikan stem sel, Vitamin E, ekstrak algae, minyak argan, minyak biji anggur, minyak bunga matahari dan minyak rosemary, setiap hari. 


Secretleaf Argan Age-Reversal Day Cream diformulasi dengan :

♥ 75% bahan natural & organik

♥ Bebas Paraben

♥ Bebas Silicone

♥ Bebas PEG 

♥ Bebas pengawet

♥ Tanpa pewangi


Apa yang berlaku kepada kulit anda apabila umur anda mencecah 25 tahun ?

Seawal umur 25 tahun, kulit anda akan sampai kepada permulaan penuaan kulit- ia akan menjadi lebih kering, dan garis halus, spot halus akan muncul. Apabila anda semakin berumur, kulit akan semakin kehilangan keanjalan dan menjadi kendur, kekeringan, kusam dan gelap, dan pigmentasi mula nampak.

Apakan yang menyebabkan penuaan kulit dan apakah tanda-tandanya?

Penuaan kulit disebabkan oleh metabolisme sel yang berkurangan dan perlahan, tidak seperti di waktu muda, yang menyebabkan kulit anda mengeluarkan kurang kolagen, mekanisme pembaikian kulit lebih perlahan dan lebih mudah dirosakkan oleh persekitaran. Ini akan menyebabkan 9 tanda penuaan tampak di wajah anda : kulit kering, formasi kedut, tona tidak dekata, pigmentasi, kulit kusam, garis ekspresi, kulit lebih sensiif, kulit kendur dan kulit kasar.

Bagaimana Argan Age-Reversal Day Cream membantu?

Selepas 8 bulan proses formulasi, krim ini dilancarkan sebagai produk yang khusus untuk menangani 9 tanda penuaan ini, menggunakan teknologi stem sel terkini iaitu Stem Sel Oren dari Sepanyol, dan 8 lagi bahan aktif yang telah dibukti boleh membantu menyelesaikan masalah berkenaan. Ujian in-ivo menunjukkan Oren Stem Sel boleh mengembalikan keanjalan kulit sehingga kepada keadaan kulit anda 12 tahun sebelum ini, antaranya ianya denga menyusun semula strukrur di bawah kulit anda dan membantu penghasilan kolagen yang aktif di dalam badan anda.

Bahan aktif daripada pokok pine di dalam krim ini pula membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi, ditambah pula Vitamin C berkualiti tinggi untuk masalah tona tidak sekata, Minyak Argan untuk mengurangkan garis ekspresi. Kulit anda akan terasa lebih anjal dalam masa hanya 15 minit selepas pemakaian krim ini untuk kesan segera dan penggunaan berterusan akan membantu anda mendapatkan kembali kulit yang anda pernah miliki suatu masa dahulu,

Apabila anda semakin berumur, anda juga akan mendapati kulit anda semakin sensitif terhadap stres luaran seperti asap rokok dan pencemaran lain, bahkan produk kosmetik tertentu yang sebelum ini anda boleh gunakan tanpa amsalah. Ini berlaku apabila sistem pertahan kulit anda menjadi semakin berkurangan. Daripada perairan Kepulauan Moorea di French Polynesia, sejenis algae didapati boleh membantu menyelesaikan masalah sistem pertahanan kulit dan ianya dipilih untuk dimasukkan ke dalam krim ini.

Manakala, kombinasi minyak bji anggur yang mengandungi 70% Omega 6, Vitamin dan kuasa  antioxidan ektrak Rosemary di dalam Argan Age-Reversal Day Cream berfungsi untuk memperbaiki kekeringan, kasar dan kulit kusam.


Write a review

Please login or register to review

Tags: Secreatleaf Argan Age-Reversal Day Cream