Tasbih Kayu Cypress 99 Biji

  • Brand: Bio Sunah Herbs
  • Product Code: Tasbih Cypress 99 Biji
  • Reward Points: 18000
  • Availability: In Stock
  • RM180.00
  • Ex Tax: RM180.00
  • Price in reward points: 180

  • 33 or more RM100.00




MENYINGKAP MUKJIZAT SUNNAH...
TASBIH CYPRESS ®

Merupakan produk hasil kajian intensif seorang sarjana muslim iaitu Dr. Muhammad Shakran Shuhatah dari Mesir , seorang gemologist dari Malaysia Dr Hisham bin Hashim berserta seorang pakar etnologi Dr Hj Manan bin Embong .
Kajian selama lebih dari 30 tahun ke atas mukjizat Nabi Nuh a.s iaitu spesies kayu bahtera atau dalam istilah farmakologinya disebut pine cypress menemukan dapatan yang menakjubkan. Penyelidikan ke atas fosil bahtera Nabi Nuh a.s yang terdampar di Bukit Al Judi itu sendiri telah mengejutkan ramai sarjana dan pengkaji.
Manfaat kesihatan yang terkandung di dalam kayu bahtera yang telah bertransformasi kepada fosil ( bahagian atas bahtera ) selepas lebih 6000 tahun terdampar di Bukit Al Judi ternyata sangat mengkagumkan.

PENEMUAN KAJIAN
Kajian tentang cypress ini menunjukkan bahawa spesies inilah yang paling ‘dekat’ dari sudut kandungan kimia dan fitokimia dengan kayu bahtera Nabi Allah Nuh a.s yang sekarang terdapat di Gunung Ararat sehingga mencapai 98% ketepatan.
Mengikut catatan kajian Profesor Muhammad Shakran Shuhatah di Turki, besar lilitan (ukur lilit) cypress boleh mencapai 94 inci seperti yang pernah ditemui di sana. Jangka hayat pokok cypress ini boleh mencecah antara 25 tahun hingga 30 tahun. Ada yang menyebut bahawa pokok ini mampu hidup sehingga 250 tahun dengan mencapai 100 hingga 360 kaki dan ukur lilit sehingga 94 inci.
Mengikut catatan kajian Profesor Muhammad Shakran Shuhatah di Turki, besar lilitan (ukur lilit) cypress boleh mencapai 94 inci seperti yang pernah ditemui di sana. Jangka hayat pokok cypress ini boleh mencecah antara 25 tahun hingga 30 tahun. Ada yang menyebut bahawa pokok ini mampu hidup sehingga 250 tahun dengan mencapai 100 hingga 360 kaki dan ukur lilit sehingga 94 inci.
Pokok cypress bertepatan dengan ciri-ciri bahtera Nabi Allah Nuh a.s iaitu besar, keras serta mengandungi nilai perubatan dan farmaseutikal yang sangat tinggi. Pada hari ini, cypress lebih dikenali berbanding namanya di dalam kitab-kitab kuno.
Justeru, nilai perubatan yang ada pada spesies ini juga menepati nilai perubatan pada kayu bahtera asal walaupun tidak seratus peratus. Menurut Profesor Mohammad Shakran, hirisan batang iaitu antara kulit dan isi pokok cypress mempunyai kandungan antioksida dan phcynogenol iaitu sejenis kimia dan pada bahagian akar pula mengandungi monoterpenes yang boleh menghindari penyakit barah gusi , gigi, kencing manis, serta berupaya merawat penyakit ulser dan buah pinggang
Hasil kajian , mereka mendapati bahawa terdapat 7 spesies cypress yang menyerupai kayu bahtera Nabi Nuh a.s dan di antara 7 spesies tersebut, hanya satu sahaja yang menepati ciri-ciri sebenar kayu bahtera Nabi Allah Nuh a.s . Kayu tersebut adalah dari jenis PINE CYPRESS.


Mengapa Tasbih ?
Para sahabat akan menghitung atau berzikir dengan tangan ,biji tamar atau batu. Berdasarkan sejarah Islam, idea mencipta tasbih atau pembilang zikir telah ada pada zaman Rasulullah SAW dalam bentuk yang berbeza ( kefahaman dan cara ) sehinggalah sebutan tasbih dan bentuk tasbih yang kita kenali sekarang muncul pada abad ke2 Hijrah. Hal ini diperkuatkan oleh Imam Az- Zabidi dalam kitab Tajul Arus yang mengutip keterangan dari gurunya yang mengatakan tasbih itu sudah banyak digunakan sama di jalan, kedai, masjid, mussolla dan seumpamanya..
Pada masa tersebut, ada ulamak yang tidak bersetuju dengan penggunaan tasbih sehinggalah seseorang bertanya kepasa seorang wali Allah iaitu Syeikh Junaid al Baghdadi :
“ Apakah orang mulia seperti tuan ingin memegang tasbih? “ Lalu dijawab oleh Syeikh Junaid al Bahgdadi : “ Inilah jalan untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT yang tidak akan aku tinggalkan “

SATU PENDEDAHAN MENAKJUBKAN HASIL PENYELIDIKAN OLEH SARJANA-SARJANA ISLAM
# Hasil penyelidikan yang dijalankan oleh Profesor Mohammad Shakran Shuhatah selama lebih 20 tahun membuktikan bahawa kayu pine cypress memiliki persamaan dari segi kimia dan fitokimia kandungan kayunya sehingga 98% dengan kayu bahtera Nabi Nuh di Gunung Ararat, Turki.
# Berdasarkan kajian oleh yang dibuat oleh Dr Akhbar Ali Zurillah , seorang pakar Penyelidikan Tumbuhan Turki,Keunikan kayu pine cypress adalah kerana mempunyai gelombang tenaga yang sangat tinggi dan ia sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai imuniti yang rendah.
# Geseran tangan pada butir tasbih cypress akan mengeluarkan haba panas sehingga 10 -15 darjah celcius yang mampu menjana gelombang tenaga untuk diserap masuk melalui pernafasan dan liang roma pada jari untuk menambahkan daya tahan tubuh seseorang dari penyakit di samping meningkatkan aura diri.
# Penjanaan oksigen dari penggunaan tasbih cypress mampu menstabilkan dan melancarkan perjalanan darah ke seluruh tubuh dan meningkatkan daya imunisasi hingga ke paras 89% yang diperlukan oleh tubuh badan

CYPRESS DAN PENGGUNAAN TASBIH
[ 1 ] Satu penemuan terbaru daripada kajian saintifik hasil penggunaan kayu bahtera Nabi Nuh a.s mendorong pengkaji mencipta beberapa alat peribadatan dan kegunaan harian agar pengguna memperolehi manfaat yang bukan sedikit daripadanya. Hasrat supaya pengguna tidak hanya menggunakan sesuatu bahan atau material hanya untuk satu tujuan semata-mata sebaliknya memperolehi manfaat lain seperti kesihatan dan aura diri. Ia juga bukan satu saranan untuk tujuan perniagaan sahaja , tetapi lebih dari itu agar penggunaan kayu cypress dalam bentuk-bentuk yang diharuskan dan disunatkan oleh syarak akan membawa manfaat sampingan lain seperti dalam bentuk kesihatan.
[ 2 ] Kajian mendapati bahawa geseran tangan pada butiran tasbih cypress akan mengeluarkan haba panas sehingga 10 darjah celcius. Haba yang keluar melalui aktiviti ini seterusnya menjana pengeluaran gelombang tenaga dan haba dari biji tasbih cypress tersebut yang kemudiannya diekstrak masuk melalui pernafasan dan liang roma di jari yang boleh menambahkan daya tahan tubuh seseorang dari penyakit.
[ 3 ] Gabungan antara aktiviti zikir dengan bahan ( material ) dari kayu cypress akan menambahkan aura tubuh dan menjana rasa tenang dalam beribadah (zikir) itu sendiri. Kaedah penggunaan tasbih ternyata sangat praktikal kerana ia boleh dibawa kemana-mana berbeza dengan mandia arometerapi yang hanya boleh dilakukan pada waktu-waktu tertentu dan tempat yang khas sahaja.
[ 4 ] Penjanaan oksigen dari penggunaan tasbih cypress mampu menstabilkan dan melancarkan perjalanan darah di dalam tubuh manusia serta meningkatkan imuniti hingga ke paras 89% yang diperlukan oleh tubuh badan.
[ 5 ] Penggunaan tasbih cypress meningkatkan keberadaan ion-ion negatif yang sangat bermanfaat untuk kesihatan.

Nota:
1]Untuk kelegaan sementara akibat penyakit lelah (asma) , tasbih boleh direndam dalam air panas selama 2 minit dan minum airnya. Kaedah sama boleh dilakukan untuk menghentikan batuk dan membuang gelaram di dalam paru-paru.
2] Tasbih sangat disarankan untuk digantung di dalam kereta kerana ia mampu menyerap bakteria ,kuman dan toksin di dalam kereta yang sering menyebabkan selsema dan penyakit lain.
3] Bagi menjana pengeluaran amber dan bau dari tasbih , disarankan tasbih dijemur selepas penggunaan maksima di panas matahari selama 2 jam. Boleh dilakukan seminggu atau dua minggu sekali..

PERHATIAN:Segala kuasa ajaib datang daripada Allah S.W.T..Tiada Unsur Syirik Didalam setiap perubatan melainkan tingkah laku individu itu sendiri...

Write a review

Please login or register to review

Tags: Tasbih Cypress, Tasbih Kayu Kokka, Tasbih Bahtera Nabi Nuh